do you like my blog?

...

Elegant Rose - Working In Background

Selasa, 15 November 2011

kesepian..

Hari demi hari sejak dia menyepi, aku mula menyesuaikan diri dengan pagi yang sunyi tanpa sapaan ‘selamat pagi sayang’ darinya. Begitu juga bila malam melabuhkan tirai, tiada lagi ucapan ‘selamat malam sayang’ yang kuterima darinya. Hidup terasa amat sunyi dan kosong tanpanya. Sungguh aku amat merinduinya. Sungguh aku amat menyintainya. Sungguh aku amat mengasihinya. Kehilangannya secara tiba-tiba benar-benar melemahkan semangatku, benar-benar membunuhku secara perlahan-lahan.
Seringkali aku bertanya pada diri sendiri, apa salahku? Apa salahku padanya? Kenapa dia meninggalkan aku begini? Tanpa kata putus, tanpa ada sebarang pertengkaran dia menghilang begitu sahaja. Umpama ditelan bumi tiada siapa mengetahui mengapa kenapa dia bersikap begini?

’My dear honey..
If you can only love me in my dreams,
So let me sleep forever..
Life would be happy with you around,
Even if I have to stay out of the earth,
Away from the others,
As long as we’re together,
I will be okay,
I love you so much..
Love you with all my heart,
Really miss you so much..’

Lots of love,
Bie

Mesejnya kubaca berulangkali..benarkah kata-katanya? Mengapa jadi begini jika benar perasaan nya mendalam padaku.. rindu yang diucapkan selama ini hanya mainan bibir sahaja. Cinta yang dilafazkan selama ini hanya dusta semata. Perhatian yang diberikan selama ini hanya lakonan semata..

Keperitan bila ditinggalkan tanpa sebarang pesan lebih menyakitkan dari perpisahan yang disertai pertengkaran..

Tiada ulasan:

0 comments:

jomblogwalking