do you like my blog?

...

Elegant Rose - Working In Background

Sabtu, 25 Februari 2012

aku amat menyayangimu..

Bahagiakah aku ketika ini? Gembirakah aku ketika ini? Hanya Allah yang tahu segala isi hatiku..aku sentiasa mengharapkan agar bahagia yang kurasai ini akan kekal selamanya.. namun aku redha andai segalanya mungkin berubah..
Andai tiba masanya insan yang ku sayang dijarakkan dariku, insan yang ku sayang menjauhkan dirinya dariku...ketika itu aku mohon agar Kau menemaniku dalam mengharungi kehidupan setelah kehilangannya kerana aku tidak kuat untuk itu..

Andai dia bukanlah untukku dan aku bukan untuknya aku tetap berterima kasih padamu Tuhan kerana meminjamkan dia kepadaku.. kerana kehadirannya bisa membuatku senyum semula, kehadirannya menyuntik semangat untuk terus hidup dengan ceria, kehadirannya membuatkan aku terlupa pada derita jiwa sebelumnya..

Aku pasti tidak akan lupakan wajah cute yang dimilikinya..kerana imej itu telah terlakar kemas di kotak fikiranku dan akan kekal dalam ingatanku..

Andai aku tiada lagi bersamanya, aku mohon agar Kau perhatikan dia, rahmati dan peliharalah dia kerana aku yakin dia akan sejahtera dalam lindunganMu..berilah dia kebahagiaan yang selayaknya..jauhkan dan lindungilah dia dari segala bahaya ketika menjalankan pekerjaannya.
Sekalipun aku amat menyayanginya, aku terima ketentuanMu jika kau tidak mengizinkan kami bersama. Tetapi bantulah aku dalam usahaku untuk melupakannya walau berat untuk ku terima.

Ya Allah, terima kasih kerana menciptakan dia dan menghadirkan dirinya dalam garis hidupku kerana dia benar-benar memberi damai di hati. Dia hadir ketika aku sedang hampir tunduk menyerah kepada takdir hidupku yang kelam..aku tidak tahu untuk berapa lama namun aku tetap berdoa agar dia akan sentiasa ada bersamaku selamanya..
Betapa hebat hati dan perasaan ini..segalanya merupakan kurniaan yang agung. Satu anugerah untuk dapat mengenali dan mencintainya. Satu kesyukuran untuk memiliki dia dalam hidupku..berikan restuMu ya Allah..
Untuk dia yang ku sayang, untuk dia yang ku cinta...aku benar-benar sayangkan kamu kerana kamu sentiasa bertakhta di hati..seperti katamu...saya di hati sayanglah..kau bukan setakat dihati tapi kau telah sebati didalam diri ini.. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

kata orang .. cinta terindah ialah apabila kita mencintai seseorang dan orang otu mencintai kita kembali ... kata orang lagi, melepaskan seseorang tang kirasayanh bukan bermakna kita menyerah tetapi kerana kebahagian dia akan juga membuat kita merasa senang.. kata alu pula, kita bisa mengatur sesuatu kejadian mengikut kehendak kuta kalau cukup daya yang kuta usahakan. kalau kebahagian yang dimiliki dalam genggaman, genggamlah seeloknya. good luck!

T-ara Arzeillia berkata...

terima kasih bro Bobby... sukar nak menentukan semua mengikut kehendak kita...biasanya hanya berserah pd takdir..

2 comments:

jomblogwalking