bahagiakah aku ketika ini? hanya Tuhan yang tahu segala isi hatiku.. hari ini ku lalui dengan jiwa yang lapang, dengan hati yang tenang dan dengan perasaan bahagia, esok lusa belum tentu lagi keadaan nya...semoga Kau kekalkan kebahagiaan ini untuk ku selamanya..
bagaimana hendak ku teruskan hidup ini andai insan yang ku sayang dijarakkan dariku..andai insan yang ku sayang menjauhkan dirinya dariku..tanpa sebarang penjelasan dan sebab yang ku mengerti... seandainya waktu itu tiba hanya padaMu aku memohon agar diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangannya.. aku mengerti andai dia bukan untukku, aku juga mengerti dia mungkin hanya dipinjamkan kepadaku olehMu dalam meneruskan percaturan hidupku.. namun aku bersyukur kepadaMu kerana menghadirkan dirinya dalam garis hidupku..
dia bisa membuatku tersenyum, dia mengajarku erti cinta, dia juga membahagiakan ku dengan limpahan kasih sayangnya. dia juga menyedarkan ku agar tidak tunduk kepada kegagalan kehidupan silamku..
andai Kau pisahkan dia dariku...aku mohon agar kau peliharalah dia kerana hanya dengan jagaanMu dia akan selamat dan sejahtera dalam kehidupannya. berikan dia kebahagiaan yang selayaknya.. ampunkan dan bimbinglah dia andai ada tersilap langkah... sekalipun aku amat menyayanginya, aku akur dalam kepedihan bahawa dia bukan untukku dan aku bukan untuknya, jika itulah takdirMu untuk kami berdua...
perasaanku padanya amat istimewa, dia mampu menakluk hati ini di saat aku mula tersungkur meratapi nasib diri..dia umpama pelindung yang Kau hantarkan untuk menjagaku. terima kasih Allah kerana mengurniakan perasaan yang hebat ini di hatiku padanya.. dia makhluk ciptaanMu yang amat ku sayangi dan ku berharap agar segala ini kekal selamanya namun aku hanya mampu berdoa. segala nya terletak di tanganMu..
untuk kamu yang aku cintai dan aku sayangi, semua kata-kataku padamu selama ini adalah lahir dari hati yang tulus menyintaimu..terpulang padamu untuk menilainya..aku sayang benar sama kamu..
(ini adalah catatan awal sebelum catatan 'aku amat menyayangimu') makna yang sama namun ayatnya mungkin berbeza..sedikit lah.
2 ulasan:
terima kasih diatas hasil tulisan "Aku Amat Menyayangimu"...
sama-sama..thnx sbb membaca
Catat Ulasan