tahun ini adalah tahun ke 13 saya bertugas dalam jawatan sekarang..tapi sejak 2 tahun lepas saya tidak lagi mengikuti mobile squad. mobile squad adalah satu pasukan yang terdiri daripada beberapa org nurse dan pembantu, adakalanya pemandu pun ada. kami akan bertugas di sekolah luar bandar selama 5 hari dari isnin hingga jumaat.
menyelesaikan setiap rawatan yang diperlukan kanak2 sekolah tersebut hingga selesai.. sepanjang bertugas banyak kerenah dan keadaan telah dihadapi dan salah satu nya akan saya ceritakan disini..
satu situasi yang tak dapat saya lupakan hingga sekarang ialah mengenai sambutan pihak sekolah dengan kedatangan kami. tak ingat tahun bila lah...tapi sekolah ini terletak di kawasan Baram..x perlulah mention nama sekolah ye.. sekolah nya kecik je, murid tak sampai pun 60 orang, jururawat bertugas hanya dua orang, seorang pembantu lelaki dan seorang pemandu. kedatangan kami sepatutnya telah dimaklumi oleh pihak sekolah lebih awal tapi entah di mana silapnya di sekolah ini GB sendiri seolah-olah tidak tahu apa2. kedatangan kami dinantikan seorang guru muda dari semenanjung tapi bila ditanya bilik mana yang akan kami gunakan, dia tak tahu. bila tanya lagi kuarters mana kami akan ditempatkan dia jawab juga tak tahu... argh sudah.. macam mana ni, setelah bincang2 dengan mana2 guru yang ada (sebab GB langsung tak muncul) kami diberikan bilik stor tempat penyimpanan bahan2 pencuci...sebagai bilik rawatan. nak minta sebuah kelas, diorang tak bagi..hanya bilik stor tu je..
pas tu sorang cikgu ni beritau..'nurse, kuarters takde kosong, kena tidur sini jugak lah nmpk nya...' saya pandang muka dia (sbb dlm team tu, saya in-charge...kebetulannnn) tanya kat dia balik ' awak nampak tak kami berempat ni? mcm mana nak tidur di sini? dlm bilik sempit penuh dengan barang, tingkap takde daun tingkap..bercampur pulak tu lelaki dan perempuan? kalau awak diberi tempat mcm ni, awak terima tak?' cikgu tu senyap tak jawab..masa tu hati masih sabar lagi...saya beritau dia lagi, 'takpe lah, saya tunggu GB balik tak kira pkl berapa saya nak jumpa dia..'
GB datang ke sekolah dalam pukul 4 petang, tapi dalam pukul 5 petang barulah saya dan kawan2 tadi pergi jumpa dia. masa tu GB sedang periksa kertas ujian. duduk di bangku batu di taman sekolah berdepan dengan bilik guru. saya tegur elok2 sbb kami ni pendatang je, itu dia punya tempat..GB tu boleh buat dek je..aik? apa kena dia ni? pas tu, saya terus tanya ttg tempat penginapan kami..hari dah petang dan hampir gelap, kami lom ada tempat bermalam..mandi pun belum, tahap kesabaran pun dah surut banyak semasa menunggu dia ni td..tambah2 ngan sikap selamba nya ni, kesabaran saya dah zero..
menjawab soalan saya ttg tmpt penginapan GB tu jawab mcm ni..'minta maaf nurse, mmg takde kuarters kosong sekarang, saya pun tak tau nak buat macam mana..sebenarnya saya pun tak dpt nak tolong.." hah? terkejutnya saya, bila tgk muka kawan2 sekerja yang keletihan saya jadi kesian tp bila pandang muka GB selamba ni saya jadi menyampah.. 'kan cikgu dah diberitahu awal ttg kedatangan kami ke sini? kalau dari awal mmg tau tak dapat nak sediakan tempat utk rawatan dan penginapan staf kami, pihak pengurusan kami boleh skip sekolah cikgu ni.." saja je saya beritau cam tu..sbb saya dah blurr
bila tgk GB masih wat donno je..akhirnya saya terpaksa beritau dia, 'saya pun minta maaflah kalau mcm tu jawapan cikgu, saya akan arahkan pasukan saya ni kemaskan semula barang2 kami dan bertolak balik ke Miri malam ni jugak. tapi saya akan buat laporan bertulis kepada ketua jabatan saya dan surat itu akan diberikan salinan nya ke Pejabat Pelajaran Daerah. segala tindakan seterusnya adalah diluar kawalan saya sekiranya cikgu mendapat masalah dari laporan yang saya buat. Cikgu langsung tidak menunjukkan respect cikgu kepada saya sebagai ketua pasukan ini dan memberi kerjasama sesama penjawat awam. saya datang sini memberi perkhidmatan percuma kepada murid2 sekolah cikgu dan saya komited nak buat kerja saya tp apa yang saya dapat dari cikgu benar2 membantutkan semangat saya untuk berkhidmat di sekolah ini. ini merupakan salah cikgu kerana menghalang saya menjalankan tugas dan setiap butir perbualan kita petang ini saya akan masukkan dalam laporan saya terhadap cikgu bersaksikan rakan sekerja saya 3 org lagi ni..'
lepas tu kami berempat pun beredar...dan dalam tempoh yang sama kami dengar bunyi baldi dibaling..siapa lagi yang baling kalau bukan bini dia yang konon berlagak mengalahkan penolong kanan sekolah.
saya berani cakap cam tu sbb ada staf sekolah beritau GB ni dikawal oleh bininya wpun urusan sekolah sedangkan isterinya cuma suri rumah..
dipendekkan cerita..sebenarnya kami tak jadi packing dan balik kerana ada sorang PPM telah offer saya dan nurse Thrise stay ngan dia sbb dia tinggal sorang dan staf lelaki pulak tinggal di kuarters sebelah kuarters PPM tu sbb cikgu tu (PK 1) berkursus di Kuching. dan sebelum pergi dia telah meninggalkan kunci rumahnya pada PPM tersebut sekaligus mengizinkan rumahnya digunakan sekiranya kami datang..hmmm, nampak sgt la ada communication breakdown kat sini. PK 1 tahu dan sedar kedatangan kami tp GB pulak buat tak tahu..malas la nak kisah, yang penting ada tempat tinggal dan kerja jalan..itu sudah cukup baik..
bila bertugas selama 2 hari di sekolah itu, kami mendapat layanan baik dari guru2 kecik dan dingin saja dari GB. aduhai, apalah salah kami.. guru kecik pulak bila dh baik terlebih mesra pun ada..nmpk sgt berlakon, jgn harap kami nak layan dah.. peramah sgt bertanya itu ini, siap tanya dah kawen ke belum.. apa soalan kami pun buat bodoh je, hinggalah hari jumaat..
Hari Jumaat..
kami selesaikan kerja dgn cepat. pkl 10.30 kerja dah siap. saya pergi ke tingkat atas untuk memberi ceramah kesihatan pergigian kepada semua murid. ada la beberapa org guru kecik menanti kat situ konon alasan nak dengar ceramah jugak..dengar je lah, x kena bayar pun..sdg beri ceramah siap ada yang ambik gambar.. selesai ceramah, dijemput untuk menghadiri jamuan di bilik guru. saya dan kawan2 follow je sbb x nak ambik hati sgt ngan apa yang dah berlaku..tp paling saya suka masa jumpa GB untuk terakhir kali sebelum balik..kena lah jumpa dia untuk ucap terima kasih dan brief ttg kesihatan mulut kanak2 sekolah jagaan dia. GB cakap, 'nurse, terima kasih banyak2 di atas perkhidmatan yang diberikan. dan maaf untuk kesulitan yang nurse dan kawan2 hadapi masa hari pertama berada di sini.' hmmm...apa yang saya nak jawab ek..lepas diam seketika, saya jawab dia..'Cikgu, terima kasih sbb buat jamuan untuk kami td. tapi terus terang saya beritahu apa yang saya hadapi masa hari pertama saya berada di sini akan tetap saya laporkan kerana itu tanggungjawab saya dan ternyata saya tidak gembira bekerja di sini setelah menerima layanan buruk dari pihak cikgu. lain kali jika pihak sekolah tidak dapat menyediakan tempat tinggal dan tempat rawatan, elok sekiranya cikgu hubungi ketua jabatan saya lebih awal atau cukup sekadar memberitahu pada Pegawai Pendidikan Daerah. katakan cikgu tidak akan menerima kedatangan Pasukan Pergigian Bergerak kerana tiada cukup tempat. itu saja. dan satu lagi, pastikan setiap dokumen yang dihantar kepada pihak sekolah lebih awal tidak hilang atau rosak.' lepas tu saya pun berlalu pergi.. maka, terkulat-kulat lah dia di situ. rasakan...
hmmmm....mmg nmpk mcm saya jahat tapi saya kena tegas jugak. kalau dia bertolak ansur ok lah, saya tak berkira sangat. tapi apa yang saya dan kawan2 saya terima benar2 tidak patut..so, u deserve it..dan bila dah sampai bandar, saya ceritakan semua pada matron dan seperti yang dijangka saya diminta menulis laporan lengkap untuk diambil tindakan..seterusnya saya tak tahu lah..
hingga kini, saya tak lupa nama sekolah itu dan nama GB nya sekali..
sekian dulu untuk kali ni.. ada lagi cerita lain selepas ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan