3/11/2011
15:54
Ya Allah Ya Tuhanku,
Bagaimana harusku teruskan hidup ini dengan bayang2nya yg sentiasa mengelilingiku..aku tak mampu ya Allah..
Engkaulah yang Maha Mengetahui segala usaha ku untuk melupakan nya. Aku dah cuba membencinya, aku dah cuba melupainya namun segala usaha ku sia2 sahaja.
Sakit dalam hati tidak tertanggung hingga kuluahkan dlm titisan airmata yang menitis di pipi setiap petang setiap hari.. ku cuba sembunyikan kepedihan di hati, namun tetap terserlah dlm setiap perlakuan dan kata2 bahawa jiwaku sedang menderita.
Ya Allah aku mohon padamu andai dia x dapat ku lupakan, kau lakukan sesuatu agar aku hilang ingatan...dengan cara ini mgkn aku akan melupakan semuanya..hatta diriku sendiri.
Hanya itu ku pohon darimu Ya Allah andai tiada lagi cara dpt ku lupakan dia.
Aku menghargai kehadirannya selama ini namun aku benar2
SAKIT kerananya...
Tabahlah duhai hati...
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys
Tiada ulasan:
Catat Ulasan