Bahagiakah aku ketika ini? Gembirakah aku
ketika ini? Hanya Allah yang tahu segala isi hatiku..aku sentiasa mengharapkan
agar bahagia yang kurasai ini akan kekal selamanya.. namun aku redha andai
segalanya mungkin berubah..
Andai tiba masanya insan yang ku sayang
dijarakkan dariku, insan yang ku sayang menjauhkan dirinya dariku...ketika itu
aku mohon agar Kau menemaniku dalam mengharungi kehidupan setelah kehilangannya
kerana aku tidak kuat untuk itu..
Andai dia bukanlah untukku dan aku bukan
untuknya aku tetap berterima kasih padamu Tuhan kerana meminjamkan dia
kepadaku.. kerana kehadirannya bisa membuatku senyum semula, kehadirannya
menyuntik semangat untuk terus hidup dengan ceria, kehadirannya membuatkan aku
terlupa pada derita jiwa sebelumnya..
Aku pasti tidak akan lupakan wajah ’cute’ yang dimilikinya..kerana imej itu telah terlakar kemas di kotak fikiranku
dan akan kekal dalam ingatanku..
Andai aku tiada lagi bersamanya, aku mohon
agar Kau perhatikan dia, rahmati dan peliharalah dia kerana aku yakin dia akan
sejahtera dalam lindunganMu..berilah dia kebahagiaan yang selayaknya..jauhkan dan
lindungilah dia dari segala bahaya ketika menjalankan pekerjaannya.
Sekalipun aku amat menyayanginya, aku
terima ketentuanMu jika kau tidak mengizinkan kami bersama. Tetapi bantulah aku
dalam usahaku untuk melupakannya walau berat untuk ku terima.
Ya Allah, terima kasih kerana menciptakan
dia dan menghadirkan dirinya dalam garis hidupku kerana dia benar-benar memberi
damai di hati. Dia hadir ketika aku sedang hampir tunduk menyerah kepada takdir
hidupku yang kelam..aku tidak tahu untuk berapa lama namun aku tetap berdoa
agar dia akan sentiasa ada bersamaku selamanya..
Betapa hebat hati dan perasaan ini..segalanya
merupakan kurniaan yang agung. Satu anugerah untuk dapat mengenali dan
mencintainya. Satu kesyukuran untuk memiliki dia dalam hidupku..berikan restuMu
ya Allah..
Untuk dia yang ku sayang, untuk dia yang ku
cinta...aku benar-benar sayangkan kamu kerana kamu sentiasa bertakhta di
hati..seperti katamu...’saya di hati sayanglah’..kau bukan setakat dihati tapi kau telah sebati didalam diri ini..